BAHAN-BAHAN

  • Ayam yang telah digoreng separuh masak
  • 5 tangkai cili hijau yang besar
  • 2 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia (semua bahan di atas ini blend)
  • 5 sudu besar sudu serbuk briyani
  • Sedikit 3 sekawan
  • 5 sudu besar cili kisar
  • 4 sudu besar sos tomato
  • Daun Ketumbar
  • Daun pudina
  • Setengah tin susu cair

CARA-CARA PENYEDIAAN

  1. Tumiskan 3 sekawan menggunakan minyak yang digoreng ayam
  2. Masukkan bahan-bahan yang dikisar
  3. Masukkan cili kisar
  4. Kacau sehingga semua sebati
  5. Masukkan serbuk briyani
  6. Masukkan sos tomato
  7. Masukkan sedikit gula merah (letak madu atau gula pasir)
  8. Bila dah mendidih, masukkan ayam
  9. Gaul sehingga semua rempah sebati dengan ayam
  10. Masukkan sedikit garam
  11. Kacau dan tutup sehingga mendidih
  12. Masukkan susu cair setelah mendidih
  13. Untuk hiasan,letakkan cili besar hijau dan daun ketumbar
  14. Nak nampak menarik letak cili besar merah

Rate this post and video

Click on a star to rate it!

Average rating 0 / 5. Vote count: 0

No votes so far! Be the first to rate this post.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *