BAHAN-BAHAN

  • Telur
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang merah
  • 2 tangkai cili padi
  • 4 sudu kicap manis
  • 2 sudu kicap cair
  • 2 sudu sos cili
  • Air

CARA-CARA PENYEDIAAN

  1. Panaskan minyak untuk kita goreng telur
  2. Goreng satu persatu macam ni
  3. Bila dah masak dibahagian bawah,kita boleh terbalikkan
  4. Jangan sampai hangus pulak
  5. Dah masak kita boleh angkat

UNTUK KUAH

  1. Kita gunakan minyak goreng telur tadi,guna sedikit
  2. Kita tumiskan 2 ulas bawang putih dan 1 biji bawang merah dan juga 2 tangkai cili padi
  3. Masukkan 4 sudu kicap manis dan juga 2 sudu kicap cair
  4. Kemudian kacau sehingga sebati
  5. Tambahkan dalam 2 sudu sos cili
  6. Tambahkan sedikit air
  7. Kalau yang suka kering nak letak sikit pun boleh
  8. Yang suka kuah boleh letak banyak
  9. Kemudian masukkan telur yang kita dah goreng tadi
  10. Rendamkan telur dalam kuah ni
  11. Tunggu sekejap
  12. Kemudian dah boleh angkat
  13. Senang je kan 1
  14. Memang simple sangat-sangat
  15. Dah siap

SELAMAT MENCUBA 🥰

Rate this post and video

Click on a star to rate it!

Average rating 0 / 5. Vote count: 0

No votes so far! Be the first to rate this post.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *