BAHAN-BAHAN

  • Ayam
  • Garam
  • Kunyit
  • Minyak
  • 2 biji besar bawang merah
  • 8 ulas bawang putih
  • 2 inchi halia
  • 2 batang serai
  • 10-15 cili kering yang dah direbus
  • Air asam jawa
  • 4 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tiram
  • Gula melaka
  • Setengah kecil sudu garam
  • setengah sudu perencah cukup rasa
  • Bawang (Potong bulat untuk hiasan)

CARA-CARA PENYEDIAAN

  1. Ayam ni kita lumur dahulu dengan garam dan serbuk kunyit
  2. Kemudian gaul sehingga semuanya sebati
  3. Masukkan minyak dan panaskan
  4. Bila minyak dah panas kita boleh goreng ayam
  5. Untuk ayam ni nak separah masak atau full masak sampai garing pun boleh juga
  6. Kalau saya,saya masak sampai garing macam ni
  7. Kemudian angkat
  8. Bahan-Bahan Dikisar :2 biji besar bawang merah -8 ulas bawang putih -2 inchi halia -2 batang serai -10-15 cili kering yang dah direbus
  9. Masukkan air dan kemudian kisar sehingga halus
  10. 10.Okay kemudian kita ambil minyak goreng ayam tadi
  11. Masukkan daun kari
  12. Kemudian masukkan bahan yang kita kisar tadi
  13. Gaul-gaul dan masak sampai pecah minyak
  14. Bila masak sambal nie basically dia akan meletup-letup macam ni
  15. Nak cepat dan tak nak berkecah boleh tutup periuk
  16. Tunggu sampai pecah minyak
  17. Kemudian masukkan air asam jawa
  18. Masukkan ayam yang kita dah goreng tadi
  19. Masukkan 4 sudu besar sos cili
  20. Tambahkan sedikit air
  21. Kemudian kacau sehingga sebati
  22. Masukkan 2 sudu besar sos tiram
  23. Masukkan sedikit gula melaka
  24. Kalau tak ada gula Melaka boleh guna gula biasa
  25. Masukkan setengah kecil sudu garam,setengah sudu perencah cukup rasa
  26. Kalau kurang masin boleh tambah garam
  27. Kemudian kacau sehingga sebati
  28. Last sekali kita boleh taburkan bawang
  29. Potong bulat macam nie
  30. Gaul-gaul and dah siap
  31. Dah siap 

SELAMAT MENCUBA 🥰

Rate this post and video

Click on a star to rate it!

Average rating 0 / 5. Vote count: 0

No votes so far! Be the first to rate this post.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *