BAHAN-BAHAN

  • 1 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 tangkai cili besar merah
  • 1 tin ikan sardin
  • 1 sudu besar cili kisar
  • Setengah sudu kecil garam
  • Setengah sudu kecil perencah rasa
  • Setengah sudu gula
  • 1 sudu kecil kicap manis
  • 1 sudu air limau
  • 2 sudu besar sos cili
  • Air
  • 2 biji telur
  • 2 tangkai cili padi
  • Daun ketumbar

CARA-CARA PENYEDIAAN

  1. Panaskan sedikit minyak
  2. Tumiskan 1 biji bawang merah
  3. 3 ulas bawang putih
  4. 1 tangkai cili besar merah
  5. Kemudian kita tumis sampai naik bau
  6. Kemudian kita masukkan ikan sardin
  7. Saya gunakan 1 tin ikan sardin
  8. Masukkan ikan sahaja kuah kita boleh asingkan dulu
  9. Ikan ni kita goreng dulu sekejap
  10. And hancur-hancurkan dulu
  11. Hancur sikit-sikit
  12. Masukkan 1 sudu besar cili kisar
  13. Kacau dan tumis sehingga masak
  14. Kemudian masukkan sos sardin yang kita asingkan
  15. Kemudian masukkan setengah sudu kecil garam
  16. Masukkan setengah sudu kecil perencah rasa dan setengah sudu gula
  17. Kacau sehingga semua sebati
  18. Masukkan 1 sudu kecil kicap manis dan juga 1 sudu air limau
  19. Nak guna limau kasturi pun boleh atau guna air limau dalam botol pun boleh
  20. Kacau bagi sebati dan masukkan sedikit air
  21. Kalau nak cair tambah air
  22. Masukkan dalam 2 sudu besar sos cili
  23. Kita buat lubang dekat tepi-tepi dan masukkan telur sebiji-biji
  24. Saya gunakan 2 biji telur
  25. Nak tambah telur lagi pun boleh
  26. Kita boleh tutup sekejap dan biarkan 3-4 minit
  27. Inilah rupanya bila dah masak
  28. Saya tambahkan 2 tangkai cili padi untuk pedas
  29. Kalau yang tak nak pedas tak nak letak pun boleh
  30. Nak lagi pedas boleh tambah cili
  31. Inilah dia dah siap
  32. Kita pindahkan dekat pinggan dan taburkan daun ketumbar di atasnya
  33. Dah siap 

Rate this post and video

Click on a star to rate it!

Average rating 0 / 5. Vote count: 0

No votes so far! Be the first to rate this post.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *