BAHAN-BAHAN

  • 2 cawan tepung pulut
  • 1 cawan tepung gandum
  • Daun Pandan/Pewarna hijau
  • Gula Melaka
  • Kelapa parut

CARA-CARA PENYEDIAAN

  1. Kita masukkan 2 cawan tepung pulut dan juga 1 cawan tepung gandum
  2. Untuk colour hijau ni boleh guna air pandan atau pewarna hijau yang dicampurkan dengan air
  3. Masukkan sedikit demi sedikit sambil kacau sehingga sebati
  4. Kemudian tambahkan lagi jika kurang
  5. Kemudian adun menggunakan tangan
  6. Masukkan lagi air sedikit demi sedikit sehinggalah adunan itu cantik
  7. Adun sehingga teksturnya menjadi macam ni tak terlalu keras dan lembut
  8. Kemudian ambil sedikit dan bentukkannya menjadi bulat
  9. Tekan-tekan dibahagian tengah untuk kita letakkan gula melaka dekat tengah-tengah tu
  10. Ambil gula melaka nak letak banyak-banyak lagi sedap
  11. Masukkan dan kemudian bulat-bulatkannya sehingga menjadi bentuk bulat
  12. Ulang step ini sampai habis adunannya
  13. Boleh didihkan air dahulu
  14. Kemudian bila dah siap kita boleh masukkan kuihnya ke dalam air untuk direbus
  15. Biarkan sekejap dalam 5 minit
  16. Lepas 5 minit kita boleh angkat dan toskan airnya
  17. Okay bila dah siap kita boleh salut dengan kelapa
  18. Untuk kelapa ni,letakkan sedikit garam
  19. Kemudian kacau sehingga sebati baru kita gaul macam ni
  20. Kelapa ni lagi sedap kalau korang guna kelapa parut yang muda
  21. Dah siap

SELAMAT MENCUBA 🥰

Rate this post and video

Click on a star to rate it!

Average rating 0 / 5. Vote count: 0

No votes so far! Be the first to rate this post.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *