BAHAN-BAHAN

  • Sayur Pak Choy
  • 5 ulas bawang putih
  • 4 sudu sos tiram
  • Air
  • Setengah sudu kecil gula
  • Setengah sudu perencah cukup rasa
  • Air tepung jagung

CARA-CARA PENYEDIAAN

  1. Kita didihkan air
  2. Kemudian kita masukkan daun pak choy
  3. Kita celur sekejap
  4. Kemudian bila dah siap celur boleh angkat tak payah rebus lama sangat
  5. Panaskan sedikit minyak
  6. Tumiskan 5 ulas bawang putih yang dicincang halus
  7. Bila bawang dah garing,boleh masukkan dalam 4 sudu sos tiram
  8. Tambahkan sedikit air
  9. Kalau nak banyak kuah boleh letak banyak air,kalau tak boleh letak sikit
  10. Kemudian kacau-kacau
  11. Masukkan setengah sudu kecil gula
  12. Setengah sudu perencah cukup rasa
  13. Kemudian kacau sehingga sebati
  14. Bila rasa macam kuah licin sangat boleh tambahkan air tepung jagung
  15. Kacau lagi sehingga kuah ni masak dan pekat
  16. Bila kuah dah masak,kita boleh siramkan kuah ke atas sayur yang dah direbus tadi
  17. Tuang-tuang dah siap 

SELAMAT MENCUBA 🥰

Rate this post and video

Click on a star to rate it!

Average rating 0 / 5. Vote count: 0

No votes so far! Be the first to rate this post.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *