BAHAN-BAHAN

  • Ayam
  • Sedikit garam
  • Kunyit
  • Serbuk cili
  • 2 sudu tepung jagung
  • 1 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 sudu serbuk kari
  • 1 sudu sos tiram
  • 3 sudu sos cili
  • 2 sudu kicap manis
  • Hirisan bawang holland, cili (optional)

CARA-CARA PENYEDIAAN

  1. Kita perlukan ayam,masukkan sedikit garam,kunyit,serbuk cili,2 sudu tepung jagung
  2. Kemudian kacau sehingga semuanya sebati
  3. Bila dah sebati panaskan minyak dah start goreng ayam
  4. Bila ayam dah masak warna macam ni boleh toskan sekejap dan angkat
  5. Kemudian saya blendkan 1 biji bawang merah dan juga 3 ulas bawang putih
  6. Panaskan sedikit minyak ,mula tumis,kemudian saya letakkan 3 sudu serbuk kari
  7. Kacau sehingga semuanya sebati
  8. Bila dah sebati kita boleh masukkan daun kari
  9. Kemudian saya tambahkan sedikit air
  10. Kacau dan masukkan 1 sudu sos tiram dan juga 3 sudu sos cili
  11. Kacau-kacau sehingga semuanya sebati
  12. Kemudian tambahkan kicap manis,agak-agak dalam 2 sudu macam tu
  13. Kemudian kacau lagi sehingga semuanya sebati
  14. Bila dah sebati boleh masukkan ayam yang kita dah goreng tadi
  15. Kacau dan masukkan hirisan bawang holland dan juga cili
  16. Kemudian kacau-kacau sampai semuanya sebati
  17. Ayam dah masak ,dah siap

SELAMAT MENCUBA 🥰

Rate this post and video

Click on a star to rate it!

Average rating 0 / 5. Vote count: 0

No votes so far! Be the first to rate this post.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *