BAHAN-BAHAN

  • Bayam Hijau (Spinach)
  • Cili Padi -Halia
  • Bawang Putih
  • Tomato
  • Bawang Besar
  • Kacang gajus(cashew nuts)
  • Mentega
  • Biji jintan(cumin seed)
  • Biji sawi(mustard seed)
  • Paneer (Keju)

CARA-CARA PENYEDIAAN

  1. Mula-mula rebuskan bayam(spinach) .Kejap je,kurang dari 2 minit cukup
  2. Siap, masukkan ke dalam air yang sejuk (ais).Ini amat penting oleh kerana nak dapatkan warna hijau yang cerah
  3. Sekarang, perah air keluar
  4. Masukkan bahan di bawah ini ke dalam blender -Cili Padi -Halia -Bawang Putih -Tomato -Bawang Besar -Bayam (Spinach)
  5. Dah siap dipotong,masuk ke dalam blender
  6. Masukkan kacang gajus(cashew nuts)
  7. Tambahkan air dan blender
  8. Sekarang panaskan kuali dan masukkan mentega
  9. Tunggu sampai cair dan masukkan bahan yang diblend
  10. Kacau-kacau
  11. Tabur biji jintan(cumin seed) dan biji sawi(mustard seed)
  12. Garam cukup rasa
  13. Gaul-gaul
  14. Tambah krim pekat
  15. Masukkan Paneer (Keju) sejenis cottage cheese
  16. Gaul-gaul, setelah mendidih masukkan serbuk kari
  17. Tambahkan sedikit krim pekat lagi
  18. Boleh maakan dengan nasi,roti,chappati,tosai

Rate this post and video

Click on a star to rate it!

Average rating 0 / 5. Vote count: 0

No votes so far! Be the first to rate this post.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *