BAHAN-BAHAN
- 2 ulas bawang putih
- 2 tangkai cili
- 1 tin sardin yang kecil
- 2 sudu sos cili
- Sedikit air
- Setengah sudu sesedap rasa
- Sedikit garam
- 1 sudu air limau
CARA-CARA PENYEDIAAN
- Masukkan setengah biji bawang merah,2 ulas bawang putih dan juga 2 tangkai cili
- kalau nak lagi pedas boleh tambah cili lagi
- Kemudian tumbuk sehingga halus
- Bila dah halus dia akan jadi macam ni
- Kita boleh asingkan letak dalam pinggan
- Panaskan sedikit minyak
- Kemudian tumiskan bahan yang telah kita tumbuk tadi
- Bila dah garing,masukkan 1 tin sardin yang kecil ni
- Kemudian hancurkan ikan-ikan sardin
- Masukkan 2 sudu sos cili
- Tambahkan sedikit air
- Kemudian kacau sehingga sebati
- Masukkan setengah sudu sesedap rasa
- Sedikit garam
- Kemudian kacau sehingga sebati
- Masukkan 1 sudu air limau,kalau nak lagi masam boleh tambah ikut citarasa masing-masing
- Kemudian masukkan nasi
- Boleh makan untuk 2 hidangan
- Kacau-kacau sehingga semuanya sebati
- Kacau sehingga sebati macam ni
- Dah masak,dah siap
Pesanan: Boleh makan dengan telur,ayam atau apa-apa sahaja pun boleh
SELAMAT MENCUBA 🥰
https://youtu.be/QgwayQ_yyH4
