BAHAN-BAHAN

  • Isi ikan (Ikan tongkol)
  • 4 ulas bawang putih
  • Sedikit air
  • Ais
  • Tepung ubi (3 sudu/4 sudu)
  • 1 biji telur
  • Garam
  • Perencah cukup rasa
  • Black pepper
  • Kuah kacang/sos

CARA-CARA PENYEDIAAN

  1. .Perlukan isi ikan, yang ni saya guna ikan tongkol
  2. Saya potong tengah ni,ambil isi sahaja
  3. Dengan menggunakan sudu,just tarik sikit-sikit macam ni untuk keluarkan isinya
  4. Kemudian kita blend 4 ulas bawang putih
  5. Letakkan sedikit air
  6. Kemudian kita blend
  7. Lepas dah blend kita masukkan ais sikit sahaja supaya dia lembut dan tak keras
  8. Kemudian masukkan isi ikan yang kita dah asingkan tadi
  9. Kemudian blend macam biasa sampailah dia halus sebati dan hancur, halus macam ni
  10. Dah siap blend boleh keluarkan letak dalam mangkuk
  11. Make sure mangkuk besar sikit,kita nak kacau tu senang
  12. Kemudian masukkan tepung ubi dalam 3 sudu dahulu
  13. Kemudian pecahkan 1 biji telur,letakkan sedikit garam,perencah cukup rasa dan juga black pepper
  14. Kemudian kacau sehingga sebati
  15. Kalau rasa cair sangat boleh tambahkan tepung
  16. Saya tambahkan 1 sudu tepung lagi
  17. Kemudian kacau lagi sehingga sebati
  18. Kemudian boleh didihkan air
  19. Masukkan pentol itu menggunakan sudu
  20. Saya gunakan 2 sudu and tolak satu persatu
  21. Masukkan satu persatu
  22. Kemudian bila dah banyak macam ni,masukkan sedikit kalau tak nak pecah
  23. Dan rendam dalam 2 saat
  24. Baru kita tolak ke dalam
  25. Okay kita tunggu sampai pentol ni masak
  26. Pentol ini boleh dimakan bersama kuah kacang ataupun sos
  27. Dah siap

SELAMAT MENCUBA 🥰

Rate this post and video

Click on a star to rate it!

Average rating 0 / 5. Vote count: 0

No votes so far! Be the first to rate this post.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *