BAHAN-BAHAN

  • 2 biji telur
  • Sedikit garam
  • 1 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 tangkai cili padi
  • 1 senduk cili kisar
  • Isi ayam
  • 2 sudu sos tiram
  • 3 sudu sos tomato
  • 3 sudu sos cili
  • Kobis bunga
  • Carrot
  • Setengah sudu perencah cukup rasa
  • Sedikit blackpepper
  • Daun ketumbar

CARA-CARA PENYEDIAAN

  1. Kita perlukan 2 biji telur,letakkan sedikit garam,kemudian kacau
  2. Panaskan minyak untuk kita goreng telur
  3. Bila minyak dah panas,kita boleh masukkan telur
  4. Kita masak telur macam biasa
  5. Kemudian kita terbalikkan,yang ni hati-hati takut pecah
  6. Bila dah masak tu,kita boleh asingkan dan letak di pinggan dulu
  7. Lebihan minyak tadi,kita boleh tumiskan 1 biji bawang merah,2 ulas bawang putih dan juga 2 tangkai cili padi
  8. Yang ni hiris-hiris sahaja
  9. Tumis sampai garing dan naik bau
  10. Kemudian masukkan 1 senduk cili kisar
  11. Kemudian kacau-kacau sampai cili tu masak
  12. Kita boleh masukkan isi ayam ,gunakan ayam yang dicincang
  13. Kemudian masukkan 2 sudu sos tiram,3 sudu sos tomato dan juga 3 sudu sos cili
  14. Kemudian kita kacau sehingga semuanya sebati
  15. And then kita masukkan sedikit air
  16. Kemudian kacau dan tunggu dia mendidih
  17. Bila dah mendidih,kita boleh masukkan sayur iaitu kobis bunga dan carrot
  18. Kemudian masukkan setengah sudu perencah cukup rasa,sedikit blackpepper
  19. Kemudian kacau sehingga semuanya sebati
  20. Last sekali boleh masukkan daun ketumbar
  21. Sos tu kita boleh tuangkan atas telur yang kita goreng tadi
  22. Dah siap

SELAMAT MENCUBA 😊

Rate this post and video

Click on a star to rate it!

Average rating 0 / 5. Vote count: 0

No votes so far! Be the first to rate this post.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *