BAHAN-BAHAN

  • Sotong
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 tangkai cili padi
  • 2 biji bawang merah
  • 2 keping asam
  • 1 batang serai
  • Setengah sudu kecil garam

CARA-CARA PENYEDIAAN

  1. Kita belah di bahagian tepi sotong untuk ambil ink
  2. Potong dan nampak bahagian dalam
  3. Ada ink hitam,kita tarik perlahan-lahan
  4. Buang disemua bahagian dalam
  5. Simpan ink tu dan boleh potong
  6. Panaskan sedikit minyak
  7. Masukkan 3 ulas bawang putih yang telah dihiris
  8. Tumis bawang putih sehingga naik bau
  9. Dan masukkan air
  10. Kemudian masukkan ink hitam
  11. Ink tu kita picit sahaja
  12. Kemudian masukkan sotong yang telah dipotong tadi
  13. Masukkan 2 tangkai cili padi
  14. Masukkan 2 biji bawang merah
  15. Masukkan 2 keping asam
  16. Masukkan 1 batang serai
  17. Kemudian kacau-kacau sedikit
  18. Nak rebus,just masukkan air dan bahan-bahan tadi
  19. Sentiasa kacau supaya tidak berketul
  20. Kemudian masukkan setengah sudu kecil garam
  21. Setengah sudu sesedap rasa
  22. Kemudian kacau sehingga semuanya sebati
  23. Make sure sotong tu betul-betul masak
  24. Untuk tahu dah masak atau belum,ambil satu sotong,potong dan rasa sama ada dah lembut atau masih kenyal
  25. Kalau masih kenyal kita boleh tunggu lagi sampai sotong ini lembut
  26. Bila dah mendidih,kita boleh kacau
  27. Dah siap

Rate this post and video

Click on a star to rate it!

Average rating 0 / 5. Vote count: 0

No votes so far! Be the first to rate this post.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *