BAHAN-BAHAN

  • 2 kotak susu (Coklat,Strawberi,Full Cream)
  • 2 sudu gula
  • 1 sudu teh serbuk
  • Serbuk agar-agar

CARA-CARA PENYEDIAAN

  1. Untuk susu saya guna 3 jenis,strawberi, coklat dan full cream
  2. First kita buka bahagian tepi ni
  3. Kopek di bahagian tepi dan gunting di bahagian atas
  4. Buat macam ni sebab kita nak guna semula kotak ni untuk masukkan puding nanti
  5. Make sure potong elok-elok
  6. Untuk puding saya gunakan 2 kotak susu
  7. First kita masukkan susu kotak coklat dalam 2 kotak
  8. Kemudian kita masukkan 2 sudu gula dan juga 1 sudu teh serbuk
  9. Saya gunakan serbuk agar-agar
  10. Kemudian kacau sehingga semuanya sebati
  11. Kita tunggu sampai mendidih
  12. Bila dah mendidih boleh tutup api
  13. Kacau dan biarkan dia sejuk dahulu
  14. Bila dah sejuk baru kita boleh tuangkan dekat kotak susu tadi
  15. Make sure jangan tuang time dia panas
  16. And last kita boleh buangkan buih-buih yang ada dibahagian atas
  17. Kemudian kita boleh ulang step yang sama dan juga sukatan yang sama untuk susu strawberi dan full cream
  18. Kemudian boleh lipat kotak
  19. Tak kisah lipatan cara macam mana,ikut citarasa masing-masing
  20. Tutup bagi kemas
  21. Kemudian kita boleh masukkan dalam fridge
  22. Ulang lagi step yang sama untuk susu full cream
  23. Then,kita boleh masukkan dalam fridge selama 6 jam
  24. Tunggu sampai dia sejuk dan inilah hasilnya
  25. Untuk potong ni kena hati-hati
  26. Inilah dia puding kotak susu
  27. Memang sedap kalau makan sejuk-sejuk
  28. Dah siap

Rate this post and video

Click on a star to rate it!

Average rating 0 / 5. Vote count: 0

No votes so far! Be the first to rate this post.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *