BAHAN-BAHAN

  • 10 biji pisang yang masak
  • 2 biji telur
  • 7 sudu besar gula
  • Setengah cup minyak
  • 1 cup tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil baking soda
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 3 sudu besar coklat rice

CARA-CARA PENYEDIAAN

  1. 10 biji pisang yang masak,kita lenyekkan sampai hancur
  2. Apabila dah siap kita blend 2 biji telur
  3. Masukkan 7 sudu besar gula
  4. Masukkan setengah cup minyak
  5. Kita blend sampai halus,gula halus semua sebati
  6. Sediakan 1 cup tepung gandum
  7. Masukkan 1 sudu kecil baking powder
  8. Masukkan 1 sudu kecil baking soda
  9. Kesemua bahan ini perlu diayak
  10. Bila dah siap ayak kita letak tepi dulu
  11. Kemudian yang kita blend tadi tambah 1 sudu kecil esen vanilla dalam bahan yang blend untuk mennghilangkan bau telur
  12. Kacau sehingga semua sebati
  13. Kemudian kita masukkan bahan yang kita blend kedalam tepung yang telah diayak bersama baking powder dan baking soda
  14. Gaulkan sehingga semua sebati
  15. Kemudian tambahkan pisang yang kita dah lenyek
  16. Kacau lagi sampai semua sebati
  17. Bila dah okay macam ni kita tambahkan 3 sudu besar coklat rice
  18. Gaul sikit tak payah gaul banyak-banyak
  19. Kita sapukan planta dekat semua permukaan loyang ,bagi rata
  20. Bila dah siap, kita masukkan acuan kek pisang ke dalam loyang yang telah disapu planta tadi
  21. Bila dah siap,kita boleh start kukus
  22. Kita didihkan air sebelum kukus, kukus dalam 40 minit
  23. Selepas 40 minit,kita boleh check kek ni dah masak atau belum guna lidi
  24. Kalau melekit belum masak
  25. Biarkan sekejap dan tunggu sejuk, bila dah sejuk kita boleh potong sikit-sikit bahagian tepi supaya senang keluar
  26. Inilah dia Kek Pisang coklat 

Rate this post and video

Click on a star to rate it!

Average rating 0 / 5. Vote count: 0

No votes so far! Be the first to rate this post.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *