Bahan-Bahan

  • 2 paket tauhu bulat
  • 2 sudu tepung jagung
  • 1 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • Air
  • 1 kiub pati ayam 
  • Kobis bunga
  • Jagung
  • Carrot
  • Brokoli
  • 2 tangkai cili padi
  • 1 biji telur
  • Garam

Cara-Cara Penyediaan

  1. .Guna 2 paket tauhu bulat
  2. Masukkan dalam mangkuk
  3. Masukkan 2 sudu tepung jagung
  4. Kacau sehingga semua sebati
  5. Boleh celup tauhu dengan tepung
  6. Kemudian panaskan sedikit minyak
  7. Goreng tauhu
  8. Kita terbalik-balikkan sampai jadi warna kuning coklat keperangan
  9. Bila warna dan cantik macam ni boleh angkat
  10. Nak terbalikkan kena hati-hati sebab dia lembut takut pecah
  11. Kemudian kita masukkan 1 biji bawang merah dan 2 ulas bawang putih
  12. Tumbuk sampai dia lumat,halus
  13. Nak tumbuk kasar pun boleh
  14. Bila jadi macam ni dah siap
  15. Panaskan sedikit minyak
  16. Kemudian kita tumiskan bahan yang telah kita tumbuk tadi
  17. Bila dah masak macam ni,boleh masukkan air
  18. Masukkan 1 kiub pati ayam
  19. Kemudian kacau sehingga sebati
  20. Bila dah mendidih sikit kita boleh tambahkan sedikit air
  21. Kalau nak banyak boleh letak banyak air
  22. Kalau nak sikit boleh letak sikit ikut citarasa masing-masing
  23. Dan masukkan sayur, tak kisah nak guna sayur apa pun
  24. Saya masukkan kobis bunga,jagung,carrot dan juga brokoli
  25. Masukkan 2 tangkai cili padi
  26. Kalau nak pedas boleh letak banyak lagi
  27. Kemudian masukkan tauhu yang goreng tadi
  28. Masukkan 1 biji telur
  29. Nak masukkan 2 biji telur pun boleh
  30. Kacau-kacau
  31. Kalau rasa kurang rasa boleh tambahkan sedikit garam
  32. Kacau sehingga sebati
  33. Kalau dah cukup rasa tak perlu tambah garam
  34. Dah siap 

SELAMAT MENCUBA 🥰

Rate this post and video

Click on a star to rate it!

Average rating 0 / 5. Vote count: 0

No votes so far! Be the first to rate this post.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *