BAHAN-BAHAN

  • Isi ayam
  • Kunyit
  • Garam
  • 1 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 sudu cili pes/cili boh
  • Sedikit air
  • 1 paket serbuk kari
  • Cii padi
  • Sayur (optional)

CARA-CARA PENYEDIAAN

  1. Mula-mula isi ayam ni letakkan kunyit sikit dan juga garam
  2. Kemudian gaul sehingga semuanya sebati
  3. Kemudian panaskan sedikit minyak dan tumiskan 1 biji bawang merah dan 2 ulas bawang putih yang telah diblend
  4. Kemudian kacau
  5. Masukkan 1 sudu kecil cili pes,kalau ada cili boh boleh letak cili boh
  6. Kemudian masukkan ayam yang telah diletakkan kunyit dan garam
  7. Bila ayam dah separuh masak,boleh tambahkan sedikit air
  8. Kemudian masukkan serbuk kari yang ni 1 paket pun dah cukup
  9. Nak kaw boleh letak 2 paket
  10. Kemudian kacau sehingga sebati
  11. Masukkan daun kari
  12. Kemudian masukkan maggi
  13. Masukkan cili padi
  14. Kemudian kacau dan tunggu maggi masak
  15. Kalau nak letak sayur yang korang suka pun boleh
  16. Kacau-kacau sampailah maggi ni masak
  17. Bila dah macam ni,dah masak
  18. Dah siap

SELAMAT MENCUBA 🥰

Rate this post and video

Click on a star to rate it!

Average rating 0 / 5. Vote count: 0

No votes so far! Be the first to rate this post.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *