BAHAN-BAHAN

  • 10 ulas bawang putih
  • Sos tiram (7-8 sudu)
  • 2 kiub pati ayam
  • Udang
  • Ketam (optional)
  • Fishball
  • Carrot
  • Sayur sawi
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 setengah sudu perencah cukup rasa
  • 2 biji telur
  • Air tepung jagung
  • Bihun
  • Ayam

CARA-CARA PENYEDIAAN

  1. Saya gunakan 10 ulas bawang putih
  2. Kemudian tumbuk sampai jadi macam ni
  3. Kemudian panaskan sedikit minyak
  4. Tumis bawang putih yang kita dah tumbuk tadi
  5. Bila dah naik bau boleh masukkan ayam
  6. Kemudian kacau sehingga ayam masak
  7. Bila ayam ni dah masak, masukkan sos tiram (7-8 sudu)
  8. Kemudian kacau sehingga sebati
  9. Kemudian masukkan air
  10. Masukkan 2 kiub pati ayam
  11. Kemudian kacau sampai pati ayam larut
  12. Bila dah larut masukkan udang, ketam (optional)dan fishball
  13. Kemudian kacau sampai masak
  14. Masukkan carrot
  15. Bila carrot dah lembut,kita boleh masukkan cendawan
  16. Kemudian masukkan sayur sawi
  17. Kacau-kacau sekejap,kemudian masukkan 1 sudu kecil garam
  18. 1 setengah sudu perencah cukup rasa
  19. Kacau sehingga semuanya sebati
  20. Kemudian saya masukkan 2 biji telur, masukkan dan terus kacau
  21. Last sekali masukkan air tepung jagung
  22. Kemudian kacau lagi,tunggu mendidih
  23. Dah siap untuk kuah

PENYEDIAAN BIHUN

  1. Panaskan minyak
  2. Masukkan bihun dan dia akan mengembang macam keropok macam ni
  3. Tunggu sampai,sekejap sahaja,masukkan dan terbalikkan
  4. Dan boleh angkat
  5. Rupa dia macam keropok
  6. Bila kita dah letak dan tuang kuah dia akan jadi lembut
  7. So jangan risau bihun tu akan jadi lembut lepas tuang kuah
  8. Inilah dia bihun kungfu
  9. Dah siap

Rate this post and video

Click on a star to rate it!

Average rating 0 / 5. Vote count: 0

No votes so far! Be the first to rate this post.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *